Social Icons

Pages

Sabtu, 08 Februari 2014

Audit Negara MP DAP Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Segambut DAP, Lim Lip Eng membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau membuat laporan itu di Balai Polis Jinjang di sini pada pukul 9.25 pagi ini.

Laporan polis itu antara lain meminta pihak polis menyiasat Jabatan Belia dan Sukan Negara berhubung pembayaran artis K-Pop bagi program Hari Belia Negara 2012.

Lip Eng turut meminta polis menyiasat penggunaan tanpa had 106 kad kredit American Express untuk kegunaan Pengarah dan Pegawai Eksekutif Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

“Saya minta pihak polis menyiasat semua dedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 khususnya dua perkara ini.

“Mungkin ada unsur penipuan, rasuah, penyelewengan dan jenayah lain telah dilakukan dan sekiranya ada, saya minta tangkapan dibuat dengan kadar segera,” dakwanya menerusi laporan itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar