Minggu, 23 Februari 2014
HTAR Cari Waris Mayat Zakaria Cheng

KUALA LUMPUR – Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor sedang mengesan waris kepada satu mayat lelaki berusia 57 tahun.
HTAR dalam satu kenyataan media memberitahu, simati dikenali sebagai Zakaria Cheng Abdullah.
“Lelaki ini meninggal dunia pada 22 Ogos lalu pada pukul 4.49 petang.
“Alamat terakhirnya di Batu 7, Lorong Haji Abu Bakar, Jalan Kebun, Klang,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, mayat tersebut masih belum dituntut di Jabatan Forensik HTAR hingga kini.
Justeru HTAR meminta waris mayat tersebut supaya menghubungi Jabatan Forensik HTAR di talian 03 -3375 7000 sambungan 1305/1306.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar