Selasa, 24 Desember 2013
285 Banduan Dibebaskan Oleh Kerajaan India

SERAMAI 285 banduan telah dibenarkan keluar dari penjara sempena meraikan ulang tahun kelahiran Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi yang ke 144 pada Rabu lalu.
Menurut laporan Press Trust of India (PTI), 150 banduan yang dibebaskan menjalani hukuman penjara seumur hidup dan sudah menjalani sekurang-kurangnya 12 tahun hukuman penjara sebelum itu.
“Mereka dibebaskan dengan baki hukumannya telah dilupuskan,” kata sumber tersebut.
129 banduan yang lain yang sudah menjalani hukuman sebanyak 75 peratus turut dibebaskan sama.
Enam banduan yang menderita penyakit serius turut dibebaskan oleh penjara sementara banduan yang ditahan atas kesalahan merogol, mengancam keselamatan negara dan kesalahan dadah tidak dibebaskan seperti mana 285 banduan tersebut.
Oleh: AUDREY LEE
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar