Rabu, 25 Desember 2013
Anak Saya Masih Menyusu Badan Luahan Bapa Mangsa Bunuh

ALOR SETAR – Kehilangan tiga anak dalam sekelip mata adalah adalah peristiwa yang tidak mudah untuk dilupakan oleh pasangan Rusdi Rani, 38 dan Siti Aishah Ariffin, 40.
Namun, yang menyedihkan apabila anak bongsu, Puteri Nurul Akma yang berusia tiga tahun masih menyusu badan pergi buat selama-lamanya.
Rusdi berkata, Puteri Nur Akma memang sangat manja dengan ibunya.

“Dalam usia yang masih kecil, sudah tentu banyak kenangan manis kami bersama, terutama ketika teringat telatah dia yang sentiasa membuatkan kami ketawa.
“Amat menyedihkan sekali apabila terkenangkan dia yang masih menyusu badan pergi buat selama-lamanya bersama dua kakaknya yang sentiasa menjaga dan bermain dengannya sewaktu kami keluar bekerja,” katanya ketika mengimbas kenangan bersama anaknya ketika menerima kunjungan Adun Alor Mengkudu, Ahmad Yahaya, di rumahnya di Kampung Alor Semela, di sini, semalam.

Menurutnya, kesedihan kehilangan itu tidak dapat digambarkan menerusi kata-kata kerana hanya mereka yang dapat merasai betapa pedihnya kehilangan semua anak serentak.
Nor Syafikah Nadia, 14, Nur Izzati Husna, 12 dan Puteri Nurul Akma, yang dilaporkan hilang pada Jumaat minggu lalu, ditemui mati di dua lokasi oleh orang awam sehari kemudian.
Anak sulung, Nor Syafikah Nadia ditemui dalam keadaan tertiarap dan separuh bogel kira-kira jam 3.45 petang di kawasan sawah padi, berhampiran Alor Senimbong di sini.
Nur Izzati Husna dan Puteri Nur Akma ditemui kira-kira jam 3 petang Ahad minggu lalu dalam keadaan terapung di tali air Terusan Mada Kampung Padang Petani, di sini.
Mengibas kembali sewaktu bersama hayat anak mereka, Rusdi berkata, mereka semua adalah anak yang baik dan mendengar kata.
Beliau berkata, anak-anaknya sangat menghormati ibu bapa dan tidak menimbulkan masalah kepada mereka mahupun kepada rakan-rakan dan masyarakat setempat.
- Sinar Harian
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar